Wednesday, November 18, 2009

Hubby's Result (as 18/11/09)



Ha che abang ni berat dia maintain turun, tapi nilai2 lain dah lari dah. Lemak naik, air kurang, kalsium turun, umur dalaman naik... Nak tau kenapa? Sebabnya dia kurang minum air dan 2-3 hari ni tido lambat, tak macam biasa. Coach bila tengok nilai hubby I, dia terus dapat agak hubby tido lambat.. So utk next week, dia nasihatkan supaya lebih banyak minum air, cuba try capai 4 liter sehari.. Chaayoook!!

My Result (as 18/11/09)



Syukur, berat turun lagi.. And yg lagi syukur, umur dalaman I dah naik & lemak pun dah turun.. :) Patutla I dah tak sakit2 sgt sekarang ni. Coach pesan minum air kena ambil banyak lagi. Musim2 ujan ni alamatnye memang banyak pegi tandas la hehehe takpela nak badan sihat kan..

Tuesday, November 17, 2009

Hubby's Result (as 02/11/09)


Review of My Result


Kalau tengok kat jadual result I tu, mesti anda tertanya2 kan kenapa berat I tu naik turun? Dah tu kenapa pulak baca lemak, air, otot, kalsium semua? Apasal ada umur dalaman pulak tu? Ok sini I akan terangkan satu persatu.

Inilah uniknya produk Herbalife sebab kita tak target turun berat sahaja, tapi pada masa yg sama ia akan buat badan kita jadi sihat. Sebenarnya Herbalife bukan UBAT TURUN BERAT BADAN, tapi sebenarnya nutrisi lengkap utk badan, bukan sahaja beri keperluan nutrient cukup untuk badan kita, tapi pada masa yg sama buang toksik, bakar lemak, ‘tone’kan shape badan dan lain-lain.


Okey, back to my result, dari jadual tu nilai yg I nak capai ialah nilai kat row paling bawah sekali tu. Daripada semua nilai tu, yg I lulus cuma kandungan air je, tapi sebenarnya untuk dapatkan keputusan lebih baik, kandungan air I kena 50% tau sebab nak buang2 dulu toksik & lemak dlm badan.


Lebih kurangla mcm ni.. :)

Tapi kenapa nak sebulan tapi I baru turun 1 kilo je??? Ha kalau nak tau dia berkait rapat dengan nilai umur dalaman I. I ni mmgla baru 26 tahun, tapi umur dalaman I 40-an dah. Patutla I selalu pening, bisa2 badan, angin, cepat letih… Lagi satu sebabnya I ni hormon tak menentu, period mmg lari, tu yg menyumbang umur dalaman I tak selari dengan umur fizikal.

Jadi kenapa berat lambat turun? Umur dalaman tu mewakili “enjin” kita la. Kalau enjin tu muda, badan akan cepat proses, berat lagi cepat turun. Kalau tak percaya, nanti I post result husband I, dia dlm 3 minggu je dah turun 2 kilo. Inilah rahsianya kenapa sesetengah org, cepat nampak hasil, tetapi sesetengah pula senamla, diet la, pergi kedai slimmingla, tapi tak turun2 berat jugak..

Erk.. Bilalah nak kurus ni..

Eventho berat I tak turun sgt,tapi I dah mula rasa kesan mengamalkan Herbalife. Sakit2 mcm I cerita tadi tu dah mula kurang & yg bestnya, period I dah mula normal balik. Syukur…Okay lepas ni I akan post result hubby I untuk anda semua tengok perubahannya. And I pun setiap minggu akan update hasil perubahan diri I dengan Herbalife. Tunggu ek!!!


Friday, November 13, 2009

Tips Sihat: Anda Tension?

Rasanya cara kehidupan kita sekarang ni mmg senang buat kita tension atau tertekan. Sama ada sebab kerja, keluarga, persekitaran. Tambah pulak sekarang ni ekonomi negara pun kurang memberangsangkan, so sapa2 yg berkeluarga tu mesti lagi terasa kan. Sini I nak share tips2 untuk merawat tekanan dalam hidup kita.


Dalam byk2 tips tu antaranya ialah jaga pemakanan, kena bersenam, jgn ambil dadah atau alkohol etc. tapi yg menarik perhatian & mungkin ramai tak tahu ialah dengan menjaga binatang peliharaan pun boleh menurunkan tekanan diri kita.

I rasa betul jugak tips tu. I ada bela arnab kat rumah, kalau time balik kerja tu I bagi dia makan sambil tu terhibur jugak tgk telatah arnab2 I. Mungkin tak sedar kan, sambil tengok2 arnab I tu, masalah tempat kerja tu terubat la sikit.

Sumber : WebMB.com

Tips Kesihatan: Nak Senam Tiap2 Hari? Cuba Berjalan 3000 Langkah

Kajian di US & UK menyarankan utk kita bersenam sekurang2nya setengah jam senaman 'biasa' selama 5 hari seminggu. Macam mana nak capai senaman 'biasa' tu? Kena ambil minimum 3000 langkah dalam masa setengah jam... I rasa dlm sehari tu nak berjalan 1000 langkah pun payah, apalagi 3000 hehehe. Tapi takpelah kita cuba sama-sama ok!


Sumber: BBC News

Wednesday, November 11, 2009

My Results (as 7/11/09)


Tuesday, November 10, 2009

Kenapa saya ingin menurunkan berat badan

Cite dia mcm ni, I ni sebenarnya lama dah rasa nak turunkan berat badan. Dulu masa kahwin badan tu comel lote lagi, dari berat 50 kg skrg ni jadi 62 kg. Pastu biasalah org pompuan kan, duk belek2 depan cermin apa la badan aku ni makin hari makin membulat pulak. Kita ni risau che abang tu haaa. Memang la dia kata “Ish tak gemukla, okay je abg tengok…”, ala tapi kita tau kan tu point orang laki nak sedapkan rasa si isteri J..

I pun tak tau nape berat badan ni susah nak turun. I ni keje kat sebuah syarikat motor nasional sebagai kerani. Kat tempat keje tu byk duduk depan komputer. Tempat keje kat kawasan open, bukan tempat air-cond tau, byk jugak berpeluhnya. Pastu byk jugak naik turun tangga, haa memang berpeluh ketiak la jadinya.



Exercise? malas & takde masa laa. Ala biasala kak oii, rasanya kebanyakan org pompuan yg dah kahwin memang problem tipikal mcm ni kan? Tapi kalau buat kerja rumah tu bukan kira exercise jugak ke kukuku… Pastu pasal makan pulak, I ni makan tak kuat pun, lepas puasa hari tu, dah tak makan malam sgt dah, makan buah2 je. Siang je makan macam biasa, siap nasik makan suku pinggan je lagi. Tapi berat ni naik jugak, tensen betul!

Tapi apa yg buat I betul2 nak kuruskan badan ialah I ni dah 3 tahun lebih dah kahwin tapi belum dikurniakan anak lagi. Doktor ada nasihat dah utk kurangkan berat badan supaya % nak dapatkan baby bertambah… Jadi bila I cerita kat suami pasal perkara ni, suami pun setujula (kenala bagi dia setuju pasal dia yg nak kuar duit hehehe).


Abg kan ATM personal I..

Kiranya sekarang ni tujuan nak kuruskan badan ni 2 in 1 la kiranya, nak kurus & berusaha nak dapatkan anak. Omputih kata “kill 2 birds with 1 stone”. Ala maksudnya lebih kurang macam I baling batu kat Kak Yah, kepala Kak Menon kena sekali, dua2 benjol kepala hehehe. So inilah yg akan I cerita dalam blog ni, kisah perjalanan I menurunkan berat badan bersama-sama Herbalife.

# Rumusan Kak Zie: Semangat utk berubah tu sebenarnya ada dalam diri sendiri, terpulang sama ada kita ingin berubah atau tidak…

Sunday, November 8, 2009

Peringatan Utk Sesiapa Yang Order First Time

Mungkin sapa2 yg tengok iklan Herbalife yang saya dah post sebelum ni mesti ada yg rasa excited; "Eh nak orderlah sekarang!" Jap, jap, nanti dulu.. Bagus kalau you all berminat, tapi I nak suggest elok buat appointment dulu dgn I.. Eh kenapa? Macam YB la pulak kan hehehe.. Sebenarnya tujuan nak appointment tu pasal elok kita diagnose diri badan kita tu dulu, setiap orang lain "enjin" dia tau. Ada org enjin Kancil, ada org enjin Honda, ada org enjin trektar pun ada Kak Joyah oii..


Ni enjin apa la agaknya...

Haa sebenarnya badan orang ni lain-lain. Lelaki lain, pompuan pun lain. So masa diagnose tu senang je. Jangan takutla, takdenye "injek-injek" hehehe. Kitorang ada penimbang spesial. Bukan penimbang beras ye. Penimbang tu akan diagnose bukan berat je, tapi:

  • Berat badan unggul
  • Lemak luaran 
  • Lemak dalaman
  • Kandungan air badan 
  • Bentuk otot 
  • Jisim tulang 
  • Umur dalaman

Kalau nak tahu, nilah sebabnya sesetengah orang bila ambik program penurunan berat badan, ada org tu cepat je turun, tapi kita ni tak turun2 jugak... Sebabnya dalaman badan kita la, kalau "enjin" kita elok, mmg cepat turun berat badan. Tapi bila "enjin" kita dah lari tune sikit, penurunan tu jadi lambatla. Jadi kita mesti jadi tensen kan, kita dah la bayar mahal2, tapi berat tak turun2 jugak. Sebenarnya bukan program tu silap, yang silapnya diri kita sendiri pasal kita tak tahu had badan kita sendiri...

Jadi itulah pentingnya kena buat diagnose dulu sebelum nak join program Herbalife ni. So sapa2 warga Kuantan, boleh call I direct and kita timbang badan you all tu dulu. Daripada result timbang tu, I akan advise kan program & cara pemakanan yang sesuai untuk mengoptimumkan result penurunan berat badan you all. Tapi yang penting di sini, pemeriksaan ini PERCUMA & tak semestinya lepas pemeriksaan tu you all wajib ambik program I ni ye. I nak tegaskan kat sini I tak paksa customer2 I sebabnya kesihatan ni hak individu. Janji i dapat share info kesihatan untuk pendidikan bersama.

Aik, takkan offer org Kuantan je kan? Yg tempat2 lain macam mana? Hehe toksah risau, I buat Herbalife ni satu team, ada network satu Malaysia. Kalau you all berminat, boleh berjumpa dengan network team I. Kalau nak mintak diorang datang rumah pun boleh. Lebih elok ajak jiran atau kawan2 sekali, boleh anjurkan parti Herbalife sekali gus. Haa pasal parti Herbalife ni next time I akan terangkan...


Parti Herbalife? Ajakla den sekali..


Ok jadi siapa2 berminat tu boleh kontek I untuk keterangan lanjut.

Rumusan Kak Zie: Jgn excited sgt nak buat order, elok buat appointment dulu :)

Terma dan Syarat

Sila baca sebelum membuat pesanan.

1. Pesanan boleh dibuat kepada Azizah Ahmad secara:

  • SMS : 017-9667642
  • Email : azie1705@yahoo.com
Sila nyatakan pilihan program untuk dibuat pesanan. Kalau dah ada membership, tolong maklumkan no. keahlian & berapa peratusan diskaun.


Untuk penghantaran, sila beri alamat di mana ada orang untuk menerima penghantaran.


2. Untuk bayaran tunai, boleh dilakukan secara pemindahan online, bank-in di ATM, deposit tunai di kaunter ke akaun Herbalife seperti berikut:
  • Nama : HERBALIFE PRODUCTS MALAYSIA SDN BHD
  • Bank : Maybank (No. Akaun 5142-7123-2600)
3. Untuk bayaran menggunakan kad kredit, hanya perlu majukan empat (4) no terakhir kad dan tiga (3) no CVC sahaja. Jangan majukan semua nombor kad. Setelah mendapat pesanan, pihak Herbalife akan menghubungi anda untuk pengesahan.

4. Barang akan sampai dalam masa selewat-lewatnya 3 hari bekerja, bergantung kepada destinasi penghantaran.

Produk Herbalife


Klik imej untuk imej lebih besar


Klik imej untuk imej lebih besar

Related Posts with Thumbnails