Sunday, January 31, 2010

Fakta Atau Auta: Kalau Makan Malam, Badan Lebih Senang Gemuk??


Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengahari. Makan malam seringkali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam. Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira samada semasa sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.

Namun begitu, makan malam seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :
  • Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
  • Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau waktu makan semasa di siang hari. Melangkau (skipping) sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.
  • Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.
  • Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya. 
Sumber: www.myhealth.gov.my
Imej: www.canada.travel


Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Thursday, January 28, 2010

Menyediakan Hidangan Yang Sihat (Bhgn Akhir)

Berikut adalah sambungan daripada artikel yang saya pos semalam. Bahagian satu boleh dibaca disini.



  • Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu.
  • Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. menutup kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
  • Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk.
  • Elakkan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangkamasa yang sama.
  • Bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan. Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.
Lepas ni bolehlah kita sama-sama amalkan tips-tips di atas untuk menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga kita. Makan makanan yang sihat, dah tentu keluarga kita pun bertambah sihat. Selamat mencuba!!

Sumber: www.nutriweb.org.my
Imej: www.telegraph.co.uk

Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Tuesday, January 26, 2010

Gambar Terkini... (^^)

Lama dah janji nak pos gambar, tapi tak terbuat-buat je. Ni tangkap malam tadi & terus edit2 dan pos kat sini. Here goes...


Emmm malunya nak tunjuk perut yang "uncit" tu hehe. Perubahan selain daripada turun 5kg ni, period saya dah teratur sikit, tiap-tiap bulan dah datang dan kuantitinya normal. Sebelum ni period saya pernah 3bulan baru datang & kuantitinya sikit saja. Insyallah period dah mula normal ni saya dan suami akan berusaha untuk dapatkan baby. Doakan kami ye!!

# Nota: Ingin jadi seperti saya? Jom buat analisa berat dan komposisi badan, PERCUMA sahaja... Tiada apa-apa pembelian dan keputusan dalam masa 15 minit sahaja. Anda tak rugi apa-apa malah keputusan analisa itu mungkin membantu anda mencapai bentuk badan yang diingini selepas ini. Buat temujanji dengan saya hari ini. Jika ada sebarang pertanyaan, tinggalkan soalan/makluman di Borang Makluman di sebelah kanan atas blog ini untuk saya hubungi anda kemudian. (Ziedazzle)

Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Monday, January 25, 2010

Menyediakan Hidangan Yang Sihat (Bhgn 1)

Mungkin ramai yang melayari blog ini terdiri daripada kaum ibu. Jadi disini saya ingin kongsikan artikel mengenai penyediaan hidangan sihat untuk keluarga:



Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
  • Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
  • Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran.
  • Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.
  • Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah.
  • Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
Sumber: www.nutriweb.org.my
Imej: www.homecooking365.com

Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Thursday, January 21, 2010

7 Langkah Ke Arah Pemakanan Sihat (Bhgn 7)

Langkah 7: Air Amat Penting


  • Badan anda akan kehilangan air sepanjang hari melalui perpeluhan dan perkumuhan. Oleh itu, jangan tunggu sampai anda berasa dahaga sebelum minum. 
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari supaya sentiasa cukup air. 
  • Air juga boleh didapati dari susu, minuman, sup, buah-buahan
    dan sayur-sayuran.

Sumber: Laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
Imej: www.epa.gov

___________________________________________

Ini adalah bahagian terakhir untuk post "7 Langkah Ke Arah Pemakanan Sihat". Untuk membaca bahagian-bahagian awal, sila ke link berikut:
Bahagian satu, dua, tiga, empat, lima, enam


Wednesday, January 20, 2010

7 Langkah Ke Arah Pemakanan Sihat (Bhgn 6)

Langkah 6: Kurangkan Gula


  • Cuba nikmati makanan dan minuman yang kurang atau tanpa gula.
  • Hadkan pengambilan kek, kuih-muih dan cokelat.
  • Minum air kosong berbanding minuman manis.
  • Makan buahan segar berbanding buah dalam tin atau jus manis.

Tuesday, January 19, 2010

7 Langkah Ke Arah Pemakanan Sihat (Bhgn 5)

Langkah 5: Kurangkan Garam


  • Kurangkan makan ikan masin, telur masin dan sayur masin.
  • Hadkan daging yang diproses seperti sosej, daging dalam tin.
  • Hadkan snek yang kurang berkhasiat dan tinggi garam seperti keropok, makanan berawet dan jeruk.
  • Gunakan perasa asli seperti rempah ratus, herba dan limau nipis berbanding garam, sos soya, sos tiram, sos cili atau sos tomato.

Monday, January 18, 2010

7 Langkah Ke Arah Pemakanan Sihat (Bhgn 4)

Langkah 4: Kurangkan Pengambilan Lemak


  • Pilih makanan rendah lemak dan rendah kolesterol.
  • Pilih daging yang tidak berlemak dan buang lemak serta kulitnya.
  • Apabila memasak atau makan, hadkan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis.
  • Kurangkan minyak ketika menggoreng makanan, kukus atau bakar. Panggang atau didih makanan anda.

Friday, January 15, 2010

7 Langkah Ke Arah Pemakanan Sihat (Bhgn 3)

Langkah 3: Bijak Memilih Makanan




  • Nikmati nasi, produk bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Cuba beras perang atau bijrin yang belum diproses kerana ia kaya zat dan tinggi serat.
  • Masukkan kekacang seperti kacang pea, kacang dan lentil ke dalam diet anda.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti sayuran hijau gelap, lobak, tomato, mangga, dan betik yang membekalkan vitamin, mineral dan serat yang tinggi.

Thursday, January 14, 2010

7 Langkah Ke Arah Pemakanan Sihat (Bhgn 2)

Langkah 2: Awasi Berat Badan
  • Kekalkan berat badan sihat
  • Berat badan kurang atau berlebihan akan membawa risiko masalah kesihatan 
Untuk mengetahui berat badan ideal anda, sila rujuk carta di bawah. Klik carta untuk imej lebih besar.

Sumber: 

Wednesday, January 13, 2010

7 Langkah Ke Arah Pemakanan Sihat (Bhgn 1)

Mulai hari ini saya nak kongsikan artikel berkenaan pemakanan sihat untuk pengetahuan dan dipraktikkan bersama.

Langkah 1: Pelbagaikan Pilihan Makanan
  • Makan mengikut panduan piramid makanan
  • Nikmati pelbagai makanan yang terdapat dalam setiap kumpulan makanan



Sumber: 

Sunday, January 10, 2010

Talipinggang Che Abang..

Pagi tadi bersiap awal, tengah tunggu suami bersiap, perasan 'benda' ni.. Jadi sebab gatal tangan, tangkap gambar & nak 'share' kat sini. Gambar tu 'ori' tau, tak terbalik atau 'dimanipulasi' ye hehehe..




 #P.S.: Tumpang gembira untuk 'hubby' :)

Thursday, January 7, 2010

Jom Berhenti Merokok..

Hasil penyelidikan oleh 'American Association for Cancer Research', didapati bahawa daripada mereka yang dirujuk sebagai pesakit kanser paru-paru, sebahagian daripada mereka didapati tidak pernah merokok. Ini kerana mereka terdedah kepada asap 'secondhand' atau asap yang telah dihembus oleh perokok. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kerana risiko mereka menghidap kanser lebih tinggi apabila mereka telah dewasa kelak.

Jadi untuk mereka yang merokok, marilah kita sama-sama berazam dengan mulanya tahun baru ini untuk berhenti merokok untuk menjaga kesihatan. Bukan untuk diri sendiri malah untuk kesihatan orang tersayang di sekeliling kita.


Tuesday, January 5, 2010

Azam Tahun Baru

Sempena tahun baru ni, i berazam nak:

1) Menjadi isteri yang lebih baik. (Tapi che abang pun kenala sama jgk hehe..)


2) Turunkan berat ke 50 kg. (Dah turun separuh dah ni!)



3) Tambah pelawat ke blog ni. (Ada ke nak baca blog turunkan berat badan ni ermm)


Diharapkan azam I ni akan tercapai. "Chaiyok!!"

Kartun dari www.cartoonstock.com

Related Posts with Thumbnails