Thursday, December 10, 2009

RM15 utk lima org makan, percaya tak?

Semalam I & hubby makan kat satu gerai tepi jalan ni. Gerai tu jual popia, tapi ada jugak mee rebus, mee calong, mee kari. So I orderla popia & tauhu sumbat, hubby order mee calong, minum pulak dua-dua minum air kosong. Pastu I order bungkus mee calong dan popia untuk mak I, mee calong untuk kakak ipar dan popia untuk jiran sebelah. Jumlah semua tu RM15, haa murah gile kan, jangan tak percaya.. Bandingkan dengan hari tu makan prosperity burger nak sampai RM13 dapat makan sorang je. Healthy? Kalau banding dgn burger McD kira healthy lagi kan..

So sapa-sapa yang nak tau kedai ni kat mana, leave a comment, nanti I bagi alamat. Tapi gerai ni kat Kuantan ye hehe.

Tuesday, December 8, 2009

Hubby's Result as (8/12/09)


Klik imej utk imej lebih besar

Result che abang ni dia naik 200g daripada result sebelum ni, tapi memandangkan baru lepas Hari Raya Haji, OK la tu tak lari sangat, cuma dia kena maintain around 63kg la. Semalam dia pakai seluar kerja, dah macam terjerut seluar tu. Suami I dia konsisten minum air 2liter sehari, tu berat dia maintain. Lain kali saya akan kongsikan tips minum air banyak, boleh kita sama-sama amalkan.

Monday, December 7, 2009

My Results as 7/12/09


Klik utk imej lebih besar

Pegi timbang untuk kali ni rasa risau jugak, sebab dah lama tak timbang, pastu lepas raya kan, takut result lari hehe... Yela sebab lauk raya kan banyak rendang & daging kan. I control jgk la makan2 tu, tapi try sana sikit, try sini sikit, mau jugak lari kan hehe. Tapi bila tgk result, seronoknya sume ada peningkatan, kecuali Kalsium je tak cukup. Coach suruh tambah protein sikit, insyallah I akan cuba. Lepas ni I try post gambar pakai kebaya ek :)

Friday, December 4, 2009

Prosperity oh Prosperity..

Nak dekat raya cina ni, McD kan jual Prosperity Burger. Sebelum ni mmg tiap-tiap tahun beli Prosperity Burger tu, tapi tahun ni sebab dah diet kan, jadi tak beria sgtla. Semenjak diet ni mmg control pun makan fast food ni, McD mmg lama dah tak makan, rasanya nak sebulan lebih dah tak beli McD.  Tapi dah iklan kuar hari2 kat tv, che abang tergoda la jadinya, terpaksala kita melayan...

Hari selasa lepas, time lepas keje pegi la kat McD Megamall. Bila dah duduk makan, abihkan spring fries tu dulu sebelum makan prosperity. Tapi lepas makan prosperity tu, dua tiga gigit je rasa dah kenyang. Che abang pun sama, dia makan separuh pun dah rasa penuh dah perut. Pastu rasa mcm prosperity tu rasa2 biasa je, takde mcm sebelum2 ni, klu dpt makan tu, melahap tak sudah...Agaknya sebab dah biasa diet, lama2 badan ni dah lali dgn fast food kut, tu jadi cepat kenyang tu.

Last2 sekali paksa jela abihkan makan burger tu, air pun tak habis minum. Lepas tu che abang pun kata "Lepas ni tak nak lah makan kat McD dah.." Yela tu che abang oii, ntah berapa lama tahan azam tu hehe.

Testimonial - En. Raja

Turun 25 kg
Nama saya Raja daripada Bentong, Pahang. Sebelum saya mengambil Herbalife, berat saya dalam 89kg. Pada masa itu, saya telah pun mendapat kencing manis dan darah tinggi. Akibat berat saya juga, saya menjadi mengah, sakit pinggang dan kaki, dan bisa angin satu badan. Setelah mengambil Herbalife, dalam masa 6 bulan sahaja berat saya turun 25kg. Sakit-sakit yang saya alami sebelum ini juga telah sembuh. Sekarang setelah 2 tahun, saya masih tetap mengambil Herbalife dan tahap tenaga dan kesihatan saya bertambah baik. Terima kasih Herbalife!

Herbalife - Confirm Halal !!

Herbalife telah diiktiraf halal oleh Islamic Food Council of Europe (IFCE) dan Islamic Food & Nutrition Council of America (IFANCA). Jadi jangan was-was lagi!!

Klik pada gambar untuk melihat imej yang lebih besar.


IFCE F1


IFCE F3


IFCE Tea


IFANCA F1


IFANCA F3


IFANCA Tea


Info Produk Herbalife


Related Posts with Thumbnails