Tuesday, November 10, 2009

Kenapa saya ingin menurunkan berat badan

Cite dia mcm ni, I ni sebenarnya lama dah rasa nak turunkan berat badan. Dulu masa kahwin badan tu comel lote lagi, dari berat 50 kg skrg ni jadi 62 kg. Pastu biasalah org pompuan kan, duk belek2 depan cermin apa la badan aku ni makin hari makin membulat pulak. Kita ni risau che abang tu haaa. Memang la dia kata “Ish tak gemukla, okay je abg tengok…”, ala tapi kita tau kan tu point orang laki nak sedapkan rasa si isteri J..

I pun tak tau nape berat badan ni susah nak turun. I ni keje kat sebuah syarikat motor nasional sebagai kerani. Kat tempat keje tu byk duduk depan komputer. Tempat keje kat kawasan open, bukan tempat air-cond tau, byk jugak berpeluhnya. Pastu byk jugak naik turun tangga, haa memang berpeluh ketiak la jadinya.



Exercise? malas & takde masa laa. Ala biasala kak oii, rasanya kebanyakan org pompuan yg dah kahwin memang problem tipikal mcm ni kan? Tapi kalau buat kerja rumah tu bukan kira exercise jugak ke kukuku… Pastu pasal makan pulak, I ni makan tak kuat pun, lepas puasa hari tu, dah tak makan malam sgt dah, makan buah2 je. Siang je makan macam biasa, siap nasik makan suku pinggan je lagi. Tapi berat ni naik jugak, tensen betul!

Tapi apa yg buat I betul2 nak kuruskan badan ialah I ni dah 3 tahun lebih dah kahwin tapi belum dikurniakan anak lagi. Doktor ada nasihat dah utk kurangkan berat badan supaya % nak dapatkan baby bertambah… Jadi bila I cerita kat suami pasal perkara ni, suami pun setujula (kenala bagi dia setuju pasal dia yg nak kuar duit hehehe).


Abg kan ATM personal I..

Kiranya sekarang ni tujuan nak kuruskan badan ni 2 in 1 la kiranya, nak kurus & berusaha nak dapatkan anak. Omputih kata “kill 2 birds with 1 stone”. Ala maksudnya lebih kurang macam I baling batu kat Kak Yah, kepala Kak Menon kena sekali, dua2 benjol kepala hehehe. So inilah yg akan I cerita dalam blog ni, kisah perjalanan I menurunkan berat badan bersama-sama Herbalife.

# Rumusan Kak Zie: Semangat utk berubah tu sebenarnya ada dalam diri sendiri, terpulang sama ada kita ingin berubah atau tidak…

0 comments:

Related Posts with Thumbnails