Thursday, April 29, 2010

Kelab Biggest Loser Bermula!


Mulai 1 Mei ni, Azie bercadang untuk buat kelab weight loss di Herbalife@Ziedazzle. Kelab ni ala-ala 'The Biggest Loser'. Bukannya rancangan realiti ye, cuma tiru kira peratusan penurunan berat di setiap minggu je..

Ada 2-3 orang tanya yg nak join ni orang makan Herbalife je ke.. Tak, sapa2 boleh join, terbuka untuk semua.. Janji ada niat nak turunkan berat badan. Bukan terhad nak turun berat je, nak naikkan berat pun boleh join. Raya dah nak dekat ni, jom la kita mula sekarang nak menjaga badan. Nanti time hari raya boleh tempah baju kebaya huhu..

Ada juga yang bertanya, kena ada kat Kuantan ke kalau nak join? Tak perlu, ni kelab online, kat mana-mana pun boleh join, kat KL ke, Penang ke, JB ke.. Tiap minggu Azie cuma mintak update berat supaya boleh keep track. Sapa yang takde masa tu, takpe Azie follow up untuk ingatkan..

Siapa-siapa yang berminat nak turut serta, sempat lagi ni.. Bagi kat Azie berat terkini dan berat target. Kalau ada kawan-kawan yang tiada Facebook pun boleh join, janji tiap-tiap minggu berat update melalui sms ke, email ke, nanti Azie akan updatekan di sana.. Ok 1 Mei dah nak sampai dah, jom mula diet sihat sekarang!

#Nota: Jika sudah melayari Herbalife@Ziedazzle di Facebook, jangan lupa klik "Become a Fan" atan klik "Like".

l Promosi April l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Monday, April 26, 2010

Jom Sertai 'Weight Loss Club' @ Ziedazzle

Minat tengok rancangan The Biggest Loser tak? Saya merancang untuk membuat kelab 'weight loss' ala-ala The Biggest Loser gitu. Tapi tak adalah kalau kalah tu terkeluar, ni kelab suka-suka sahaja. Saya nak himpunkan kawan atau kenalan yang sama-sama ingin atau sedang menurunkan berat badan. Maklumlah, nak menurunkan berat badan ni memang mencabar, maklumlah dugaan ada di sekeliling. Usaha pun kena konsisten, sama ada menjaga pemakanan, atau ambil masa untuk bersenam atau bersukan. Jadi bila kita dengan niat yang serupa berkumpul beramai-ramai, semangat kita boleh dipupuk bersama disamping berusaha untuk mencapai berat yang diingini. Oleh itu sesiapa yang berminat dan juga mempunyai akaun Facebook, boleh turut serta sebagai 'Fans' dengan kelab Herbalife@Ziedazzle dan daftar nama di sana. Cepat, kelab akan bermula 'official' pada 1 Mei, beberapa hari saja lagi.

Untuk link ke Herbalife@Ziedazzle, klik sini.
Untuk link ke cara-cara penyertaan ke Kelab Biggest Loser, klik sini.

#Nota: Jika sudah melayari Herbalife@Ziedazzle di Facebook, jangan lupa klik "Become a Fan" atan klik "Like".

l Promosi April l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Saturday, April 24, 2010

My Latest Result: Akhirnya!!!

Seminggu dah tak update blog ni, saya sibuk sikit, si admin (husband) pun sibuk jugak, tu yang terlepas sampai seminggu dah tak upload tips-tips sihat.. semalam saya timbang berat, dah masuk julat berat ideal iaitu 53kg! Seronok sangat, akhirnya dalam tempoh 6 bulan saya dah capai berat ideal & bertambah-tambah sihat..


Terima kasih kepada suami kerana beri dorongan dan sokongan, kepada coach HL En. Raja dan Miss Lai Ling, terima kasih sebab kenalkan kepada Herbalife dan beri nasihat untuk capai berat hari ni. Tak lupa juga untuk sub-coach Miss Chong; sebab rajin timbangkan berat dan buat 'body scan'. Untuk sesiapa di luar sana juga dalam usaha nak menurunkan berat badan, tetapkan usaha dan kuatkan semangat, hasilnya kelak akan benar-benar mengubah diri anda. Seperti saya, anda juga boleh!!!

# Ingin menganalisa berat dan komposisi badan seperti di atas? Buat temujanji dengan saya hari ini. Jika ada sebarang pertanyaan, tinggalkan soalan/makluman di Borang Makluman di sebelah kanan atas blog ini untuk saya hubungi anda kemudian. Anda ada akaun Facebook? Sertai kelab kami di Facebook di Herbalife@Ziedazzle.


l Promosi April l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Wednesday, April 14, 2010

Jom Masuk Kelab 'Weight Loss @ Ziedazzle'

Untuk bulan Mei nanti, saya cadang nak buat kelab weight loss onlinedi laman Facebook, ala-ala 'Biggest Loser' gitu. Tapi takde kalah terkeluar ye, ini bukan program realiti hehe.. Nama pun kelab, jadi tujuannya nak kumpulkan sesiapa yang tengah berdiet atau hendak mula berdiet dan dalam kelab ni kita akan ambil rekod kemajuan penurunan berat badan. Sebabnya sesiapa yang ingin menurunkan berat badan atau menjaga berat memerlukan komitmen yang tinggi, jadi dengan adanya kelab ini kita boleh sama-sama berkumpul dan sambil merekodkan perkembangan kita, kita boleh menyokong antara satu sama lain dan berkongsi tips kesihatan. Jadi sesiapa yang berminat boleh baca kaedah penyertaan dan daftar di laman Ziedazzle di Facebook di sini:


Atau anda boleh tinggalkan nama dan email di blog ini atau di email saya azie1705@yahoo.com.

Tuesday, April 13, 2010

Fakta Atau Auta: 'Low-Fat' atau '0% Fat' = Rendah Kalori??

Yogurt? Saya sukeeee!!!

Baru-baru ini saya beli promosi minuman yogurt, beli satu minuman '0% Fat' dan satu minuman 'Low-Fat' pada harga istimewa. Saya pun cubalah minuman yogurt '0% Fat' tersebut, sedap! Sama je rasa dengan minuman 'Low-Fat'. Suami tengok saya begitu asyik sekali minum, dia pun menegur, "Sedap je minum air tu, dah tengok kalori dia berapa?" Bila saya semak, rupanya nilai kalori per hidangan untuk minuman '0% Fat' tersebut tinggi sedikit berbanding minuman 'Low-Fat'. Dah nak habis sebotol saya dah minum, baru perasan :)

Tujuan saya bercerita tentang kisah saya ini ialah bukannya minuman yogurt tersebut tidak elok. Kalorinya masih rendah dan nak minum banyak mana pun terpulanglah pada rasa tekak masing-masing. Apa yang saya ingin timbulkan ialah kita selalu salah sangka makanan/minuman rendah lemak, nilai kalorinya juga tentu rendah, oleh itu kita boleh makan lebih daripada biasa. Tapi hakikat sebenar, nilai kalori bagi makanan/minuman yang rendah lemak mungkin sama atau lebih tinggi daripada jenis yang biasa. Saya memetik daripada laman womenfitness.net:
Myth: Fat free is calorie free.
Fact: Some people indulge in extra-large servings of fat-free foods, such as cookies, cakes and crackers, without realizing that these foods may contain the same amount or even more calories than regular versions. Get the facts on fat-free foods by checking food labels for the serving size and number of calories per serving. Fruits and vegetables are naturally low in fat and calories. However, other low fat or no fat foods may still contain a lot of calories. To make such foods taste better, extra sugar, flour, or starch thickeners are usually added. These ingredients are high in calories and may lead to weight gain.
Jadi untuk asas pemakanan yang sihat, untuk apa-apa jenis makanan atau minuman yang kita ingin ambil, pastikan saiz hidangannya memadai dengan bersederhana dan bersesuaian dengan diri masing-masing. Enjoy your food today!


Inginkan makanan yang baik untuk kesihatan? Cubalah Formula 1 HL, lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan rendah kalori.

l Promosi April l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Sunday, April 11, 2010

Diet Anda 'Miss'/Lari? 5 Cara Untuk Kembali Semula Berdiet

Terlebih makan?

Jika anda sedang berdiet, kemungkinan yang amat besar kadangkala anda akan lari atau 'miss' daripada tabiat diet anda. Contohnya anda perlu menghadiri kenduri atau jamuan makan yang diadakan di rumah saudara atau rakan. Atau anda perlu pergi berkursus selama 2-3 hari. Saya juga mempunyai masalah yang sama, jika saya pergi berkursus di tempat lain, masa dan pilihan makanan itu terhad, selalunya saya akan 'miss' tabiat diet saya. Baru-baru ini saya terbaca satu artikel di internet berkenaan perkara di atas dan di sini saya ingin kongsikan cara-cara untuk membantu kita kembali semula ke tabiat diet yang asal:
  1. Ambil sarapan keesokannya. Jika anda telah makan banyak pada malam sebelumnya dan berfikir untuk tak mahu bersarapan keesokan hari disebabkan 'masih lagi kenyang', jangan.. Anda perlu tetap mengambil sarapan untuk memastikan metabolisma badan tidak menurun.
  2. Potong pengambilan kalori. Cuba potong dalam 500 kalori dalam pengambilan makanan sehari. Kurangkan makanan atau minuman bergula, banyak garam, berminyak, banyak 'dressing'. Lebihkan sayuran dan buahan. Ulang selama 2-3 hari.
  3. Banyakkan minum air. Atau ambil buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, anggur, epal. Ini akan menyeimbangkan semula air dalam badan dan membantu pembakaran lemak.
  4. Makan dengan teratur. Makan setiap 3-4 jam akan membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam badan.
  5. Gandakan senaman. Bersenam lebih lama, tambah ulangan bersenam atau membuat senaman lebih berat. Atau pun pergi bersenam di 'gym', 'pulun' bersenam di sana selama 2-3 hari.
Untuk bacaan lanjut, boleh layari laman tersebut di sini. Atau anda boleh cuba Tea Mix HL, ianya bukan sahaja membuang racun dalam badan, malah membantu membakar kalori dan memberi tenaga.


l Promosi April l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Lawak Kuruskan Badan: Minggu 1, Minggu 2, Minggu 3


Untuk banyak lagi 'lolcatz', layari icanhascheezburger.com

l Promosi April l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Related Posts with Thumbnails