Thursday, December 31, 2009

Fakta atau Auta: Minum Air 8 Gelas Sehari????

Antara nasihat kesihatan yang selalu kita dengar ialah kita perlu meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk memastikan kandungan air badan kita cukup dan tidak terhidrat. 8 gelas air tu lebih kurang 2 liter air. Untuk perbandingan, botol air mineral water yang besar tu kandungannya 1.5 liter. Banyak jugak kan kiranya kalau kita perlu minum air sebanyak 2 liter, tapi perlukah kita minum air walaupun kita tak dahaga?

Kajian yang dijalankan oleh Heinz Valtin pada 2002 dan disahkan oleh Dan Negoianu dan Stanley Goldfarb pada tahun 2008 untuk Jurnal 'American Society of Nephrology', hasil ujian tersebut mendapati tiada bukti yang menyokong kelebihan kesihatan bagi pengambilan air yang banyak.

Menurut Profesor Barbara Rolls, pensyarah Sains Nutrisi di Pennsylvania State University, beliau berpendapat bahawa pengambilan air minimum 8 gelas sehari tidak sesuai untuk semua orang kerana keperluan setiap individu adalah berbeza mengikut kepada suhu persekitaran, aktiviti individu dan bermacam-macam faktor lagi.

Jadi sebanyak mana air yang perlu kita minum? Nasihat yang boleh kita ikuti ialah jika kita ada masalah kesihatan, lebih baik kita merujuk dengan doktor. Tetapi jika kita kesihatan kita normal, Profesor Barbara Rolls menasihatkan "minum bersama-sama hidangan dan minum jika kita berasa dahaga."

Sunday, December 27, 2009

Kandungan Gula Dalam Minuman Bergas

Jumpa gambar ni kat internet, nak 'share' dengan semua:

 



4-5 sudu gula jugak tu. Jadi lain kali kalau nak minum air bergas, tepuk dada, tanyalah tekak hehe!


Saturday, December 26, 2009

Hidangan Alternatif Untuk Sarapan Pagi



I tinggal di Kuantan. Hidangan sarapan pagi di Pantai Barat ni kebanyakannya hidangan berat, macam nasi berlauk, nasi minyak, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk lauk pauk lagi, ayam atau ikan goreng, gulai kawah, daging salai etc.. Jadi disebabkan I nak 'menjaga badan', I kenalah cari sarapan yang rendah kalori sikit.

Satu pagi ni, I cubala makan 'oatmeal' untuk sarapan. I baca kat belakang 'packaging' tu tentang penyediaan, 'oatmel' ni rupanya dicampur dengan air atau susu suam, tapi sebab kat rumah tak ada susu, I bancuh jela dengan air suam. Bila mula-mula rasa, blluueeek!! Tak sedap langsung!!



Tapi lepas tu teringat ada air soya dalam peti ais, 'try'lah tambah. Tambah cornflake sikit, lepas tu bila makan, emm.. not bad! Nak jadi ceritanya, seminggu 'straight' I makan 'oatmeal'. Sedap, sebab rasanya lemak dan rangup. Hidangan 200+ kalori, okla tu kan!



Thursday, December 24, 2009

Perihal Seluar

Suami I seluar kerjanya jenis 'slim fit'. Bila berat dah turun ni, saiz pinggang & peha pun sama mengecil jugak la jadinya. Suami 'komplen' la kata kebanyakan seluar dia dah tak fit lagi dah, jadi seluar 'baggy' la pulak.. Dulu part 'bumper' tu padat, sekarang longgar dah. Hai che abang, nak jadi kurus macam tu lah, saiz baju pun akan jadi lagi 'kecik'.. I tak kisah pun, kalau kena shopping baju baru, boleh I tumpang sekaki! Orang 'pompuan' kan pantang kalau diajak shopping, kalau tak ada duit pun, dapat jamu mata pun jadi le! Hehehe..

Saturday, December 19, 2009

Analisa Kesihatan Badan Percuma


Klik imej untuk imej lebih besar

7 Sebab Kita Nak Makan Lagi (Walaupun Dah Kenyang) Bhgn 2



5) Alkohol: Bagi mereka yang mengambil alkohol, pengambilan alkohol terlalu banyak akan menyebabkan otak tak dapat berfikir dengan waras dan memungkinkan pengambilan makanan yang lebih daripada biasa.



6) Suhu: Suhu yang lebih sejuk akan kadar metabolisme badan turun dan menyebabkan perut mudah berasa lapar. Inilah sebabnya kebanyakan restoran memasang sistem hawa dingin, walaupun pelanggan berasa selesa namun suhu rendah menyebabkan pelanggan makan lebih banyak.



7) Karbohidrat Terproses: Apabila kita makan makanan berkabohidrat terproses (refined carbs) seperti roti putih, beras putih, makanan berasas tepung, ia akan menyebabkan kadar gula badan turun. Apabila kadar gula badan turun, kita akan cepat berasa lapar walaupun baru sahaja makan makanan berat.


Sumber artikel & gambar: www.time.com

Wednesday, December 16, 2009

7 Sebab Kita Nak Makan Lagi (Walaupun Dah Kenyang) Bhgn 1



1) Waktu: kalau kita dah biasa makan sarapan pagi, tengahari, makan malam dll. secara automatik badan kita nak makan kat masa-masa tu. Contohnya kita biasa bersarapan pukul 8 pagi, tapi hari ni kita makan awal pukul 7. Bila pukul 8, perut rasa lapar lagi sebab dah terbiasa makan waktu tu.



2) Pandangan mata: Bila kita nampak makanan, walaupun makanan tu dalam tv ke, majalah ke, blog ke, mulut jadi terliur. Sebabnya badan kita bagi signal kita akan makan makanan tu, walau realitinya makanan tu bukan ada di hadapan kita, cuma gambarnya sahaja.



3) Hidangan sampingan: Orang putih kata dessert. Hidangan manisan yang dimakan selepas hidangan utama contohnya kek, bubur, kuih dll. Dimakan sebab nak memenuhi selera kita terhadap manisan. Tetapi sebenarnya keperluan gula tersebut dah mencukupi dengan hidangan utama. 



4) Bau: Ni sama je macam sebab nombor 2, bila kita hidu bau makanan sedap, mulut akan terliur dan perut akan terasa lapar.  

Sumber artikel & gambar: www.time.com

Related Posts with Thumbnails