- Kemas rumah atau buat kerja rumah dengan sendiri. Jangan upah orang lain.
- Berkebun di rumah atau potong rumput di laman.
- Ambil dan buat minuman anda sendiri. Jangan minta orang lain ambilkan.
- Semasa menonton TV, kayuh basikal senaman atau buat senaman ringan.
- Semasa menjawab telefon, jawab dengan berdiri dan buat gerakan ringan.
- Pergi berjalan untuk mengambil angin sebelum sarapan atau selepas makan malam.
- Jika ingin ke kedai runcit, cuba berjalan kaki atau berbasikal.
- Jika kedai runcit agak jauh, pandu kenderaan dan letakkan ia jauh dari kedai agar kita dapat berjalan kaki sedikit.
- Apabila berjalan, cuba lajukan sedikit langkah.
- Regangkan badan untuk megambil barang di tempat tinggi. Cangkung untuk mengambil barang di aras bawah.
Mudah bukan? Jadi tiada lagi alasan untuk tiada masa bersenam, malah lebih mudah sebab tips-tips di atas boleh kita gabungkan bersama kebiasaan kita sebelum ini. Jom kita amalkan bersama!
l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l
2 comments:
tpkan, jenis2 bersenam yg mcm ni tak kuar peluh sgt...Mcm mane nak kurus...??? Hehehehe...Yg kuar peluh selalunyer jogging plg kurang 40 minit then skipping 500 kali...Mmg basah la baju...Hehehehe...
Ni senaman mudah je, basicnya nak membanyakkan kita bergerak sebab manusia ni dicipta utk berjalan.. oklah utk siapa yang takde masa langsung..
Post a Comment