Monday, March 1, 2010

Pengurusan Berat Badan Secara Sihat (Bhgn 2)

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel yang saya telah pos sebelum ini (Bhgn 1).
________________________________________________

Memperbaiki Imej Tubuh

Adakah latihan dalam artikel sebelum ini menunjukkan bahawa anda mempunyai persepsi imej tubuh yang negatif? Jika ya, inilah cara memperbaiki persepsi imej tubuh anda:
  1. Kaum wanita mempunyai bentuk dan saiz badan yang berbeza. Kenal pasti dan terima seadanya imej badan anda.
  2. Berpakaian rapi dan menghias diri supaya sentiasa kelihatan anggun. Ini meningkatkan keyakinan.
  3. Menyedari bahawa definisi pihak media terhadap wanita ideal mungkin tidak realistik.
  4. Elakkan meluang masa bersama mereka yang kritikal tentang penampilan anda. Jangan terpengaruh dengan apa yang orang lain kata.
  5. Makan mengikut Panduan Piramid Makanan Malaysia dan hindari mengamalkan diet melampau, diet yo-yo dan pil pelangsing.
Akan bersambung ke Bahagian 3: Langkah Ingin Menurunkan Berat

Program Woman@Heart adalah hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.lppkn.gov.my


Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

2 comments:

Missing Cat said...

Media selalu mewar-warkan bahawa, kurus, skinny, sekeping, langsing, tinggi adalah cantik...Sbb tu la wanita kat malaysia ni berebut2 nak kurus...Body potongan barbydoll menjadi idaman setiap wanita...Tak pernah ada dlm dunia yg mengatakan gemuk itu cantik...Rasenyer faktor persekitaran dan mentaliti setiap individu dlm dunia ni yg buat sume org berfikiran kurus itu cantik dan gemuk itu hodoh...Kekekeke

Azie Ziedazzle said...

Betul tu cat.. kita patutnye tumpu ke badan yang sihat. Bila badan sihat, cantik tu akan datang automatik ;)

Related Posts with Thumbnails