Wednesday, March 31, 2010

Promosi April: Bekas Shaker & Sudu Ukur Percuma

Sempena bulan April ini, dengan setiap pembelian baru untuk produk Herbalife Start Now Pack, Formula 1 atau Formula 3, anda akan mendapat bekas shaker dan sudu ukur bernilai RM10 dengan percuma. Hanya untuk 10 pembeli awal sahaja. Cepat sementara stok masih ada. 

Mari sihatkan dan segarkan diri anda dengan Herbalife!

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Herbalife, sila tinggalkan email atau no telefon anda untuk saya hubungi. Anda boleh tinggalkan di ruang komen, borang makluman, Shoutbox atau anda boleh email saya di azie1705@yahoo.com.  

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Sunday, March 28, 2010

10 Tips Mudah Untuk Berdiet

Rasanya tentu ada pembaca-pembaca blog ni nak berdiet tapi susah nak amalkan diet sihat. Di sini saya ingin kongsikan diet-diet sihat, ianya ini sangat mudah dan boleh kita masukkan bersama ke dalam rutin harian kita.
  1. Makan sarapan berasaskan bijirin. Ganti sarapan anda dengan makan oat, cornflake dan lain-lain. Jika anda gemar makan roti, cuba makan roti 'whole grain'.
  2. Tambah protein dalam sarapan anda. Kajian telah menunjukkan individu yang makan banyak ketika sarapan akan berasa lambat lapar sehingga waktu tengahari. Selepas sarapan, anda boleh makan makanan berasaskan protein supaya lebih kenyang seperti telur separuh masak, sosej rebus, daging bakar atau lain-lain.
  3. Makan snek sihat. Lapar sebelum waktu makan? Rasa nak mengunyah? Jika anda suka makan biskut, makan biskut jenis serat tinggi (hi-fibre). Buah-buahan juga snek sihat yang bagus.
  4. Kurangkan gula dalam minuman. Jika anda bancuh minuman dengan dua sudu gula, kurangkan menjadi satu. Jika satu sudu, kurangkan menjadi setengah. Banyakkan minum air kosong.
  5. Lap makanan berminyak dengan tisu. Jika anda makan makanan berminyak seperti kuih, roti dan lain-lain, lapkan ia dengan tisu agar minyak-minyak dapat diserap sedikit.
  6. Ubah saiz hidangan. Semasa makan tengahari, jika anda makan nasi, kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.
  7. Ubahsuai snek anda. Pilih atau beli makanan jenis rendah lemak seperti susu, kopi, 'muffin'. Sesetengah makanan bergoreng sama sedap jika dimakan secara rebus atau bakar seperti sosej, bebola ikan dan lain-lain.
  8. Mulakan dengan sup. Pesan makanan anda bersama sup seperti sup ayam, sup daging, sup sayur. Mula makan sup tersebut baru diikuti dengan makanan anda. Dengan cara ini anda akan berasa cepat kenyang.
  9. Nikmati makanan anda. Kunyah makanan anda lebih lama. Bukan sahaja makanan anda akan lebih tercerna, anda akan makan lebih perlahan dan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan.
  10. Ubahsuai makanan segera anda. Saiz hidangan sederhana sudah memadai. Tukar minuman dari jenis bergas ke minuman biasa seperti minuman coklat, teh, atau kopi. (Untuk tips makan makanan segera yang lain, klik sini.)
Mudah bukan? Siapa kata diet tu susah! Cuma perlu ubahsuai sedikit sahaja cara permakanan biasa kita. Pilih tips-tips yang anda mudah untuk ikuti dan amalkan selalu supaya ia menjadi tabiat anda. Selamat mencuba!

Imej daripada skinnychef.com

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Friday, March 26, 2010

Lawak Kuruskan Badan: Diet Yang Hilang

Seorang lelaki bercerita kepada kawannya, "Nak tau, isteri aku dalam tiga minggu ni tengah berdiet." 
"Yeke? Berapa dia dah hilang?"
"Dua minggu.."


Cerita dan gambar dari www.rd.com

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Monday, March 22, 2010

10 Lagi Cara Mudah Untuk Bersenam Di Rumah/Pejabat


Sebelum ini saya telah pos tips-tips mudah bersenam di rumah dan di pejabat, di sini saya poskan lagi tips-tips senaman mudah yang lain.
  1. Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.
  2. Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.
  3. Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.
  4. Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.
  5. Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.
  6. Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan kebawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.
  7. Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.
  8. Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.
  9. Jika anda menonton tv, buat senaman ringan seperti bangun tubi semasa iklan disiarkan. Purata tempoh iklan ialah 7-8 minit, buat bangun tubi setiap kali iklan dan anda akan mudah mencapai 100-150 ulangan.
  10. Sebelum tidur, duduk ditepi katil dengan kaki rapat. Genggam tangan anda dan luruskan tangan anda ke atas dan luruskan badan sambil mengambil nafas sedalam-dalamnya. Tahan 10-20 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Anda akan berasa rileks serta merta.
l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Tuesday, March 16, 2010

Menu Sihat: Ayam BBQ Kentang Bakar

Salah seorang follower blog ni, Cik Matahari tanya tentang menu sihat. Sebenarnya saya lama dah ada resepi-resepi untuk menu sihat, tapi tak sempat 'post' je. Jadi disebabkan permintaan, selepas ni saya akan post kan menu-menu sihat utk dicuba bersama..
_________________________________

Ayam BBQ Kentang Bakar (Hidangan 4 orang)

Bahan-bahan
1)Ayam
- 480gm isi ayam; disyorkan bahagian dada dan dipotong empat
- Garam secukup rasa

2)Kentang bakar
- 400gm ubi kentang; dipotong bentuk 'wedges'
- 1 biji bawang merah; dibelah empat
- 1 sudu teh herba campuran kering
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak zaitun

3)Sos
- 1 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 12 biji tomato ceri
- Lada benggala merah 3 biji, lada benggala hijau 3 biji & lada benggala kuning 2 biji; dipotong dadu
- 4 sudu makan sos cili
- 4 sudu makan sos tomato
- Sos tabasco secukupnya
- 2 helai daun salam
- Garam secukup rasa
- 1 sudu teh minyak zaitun

4)Sayuran Panggang
- 120gm seleri
- 8 biji terung
- 8 batang lobak merah
- Minyak zaitun secukupnya

Cara Memasak
  1. Gaulkan ayam bersama garam hingga sebati. Sapukan sedikit minyak zaitun pada ayam
  2. Bakar ayam pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Ketepikan.
  3. Untuk kentang bakar, campurkan semua bahan dan digaul bersama.
  4. Letakkan bahan kentang bakar tersebut dalam loyang dan bakar pada suhu 200 darjah C selama 20-30 minit.
  5. Untuk sayuran panggang, sapukan minyak zaitun pada sayuran dan panggang sebentar. Ketepikan.
  6. Untuk sos, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang merah, bawang putih dan daun salam.
  7. Setelah naik bau, masukkan lada benggala dan tomato ceri. Kacau sebentar.
  8. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tabasco. Kacau rata.
  9. Akhir sekali, perasakan dan tuangkan sos di atas ayam BBQ dan sajikan bersama kentang bakar dan sayuran panggang.
Dipetik daripada majalah Rasa; gambar sekadar hiasan.

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Sunday, March 14, 2010

Kaedah Memasak Secara Sihat

Memasak secara sihat adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Anda hanya perlu merancang apa yang ingin dimasak dan menyediakannya dalam kaedah dan cara yang sihat. Disamping anda dapat menjaga kesihatan keluarga anda, memasak secara sihat juga akan membuatkan diri anda menjadi lebih kreatif. Anda dapat menyediakan masakan-masakan sihat yang baru dan juga anda boleh mengolah semula masakan yang diminati keluarga dengan cara penyediaan yang lebih sihat. Berikut adalah tips-tips tersebut:
  1. Gunakan lemak atau minyak seminimum yang boleh. Tukar dengan minyak sayuran atau majerin.
  2. Elakkan menggoreng terlalu lama. Stim, kukus, rebus atau bakar masakan anda. Gunakan kaedah tiada minyak contohnya menggunakan kuali tidak melekat (non-stick) atau oven ketuhar gelombang.
  3. Untuk memasak makanan liat dan keras seperti daging, kekacang; masak secara kukus, rebus atau gunakan periuk tekanan.
  4. Sejukkan sup dan kukusan terlebih dahulu supaya lemak dalam masakan menjadi pejal. Buang lemak-lemak tersebut, panaskan semula masakan dan hidangkan.
  5. Minimumkan penggunaan santan. Jika boleh, tukarkan dengan susu atau 'yogurt' rendah lemak.
  6. Untuk membuat kek atau kuih-muih, kurangkan lemak dengan menggunakan susu rendah lemak.
  7. Kurangkan garam, gula, perisa tambahan dan perencah. Kurangkan juga makanan kering seperti ikan dan sayuran kering. Tambah kesedapan makanan dengan menggunakan jus buah lemon, herba dan rempah ratus.
  8. Pastikan daging dan ikan dimasak dengan sempurna untuk membunuh kuman dan bakteria.
  9. Memasak terlalu lama akan menyebabkan zat-zat makanan hilang. Untuk sayuran, campurkan ia di akhir masakan agar sayur tidak terlalu layu dan kecut.
  10. Minimumkan penggunaan air. Tutup periuk dengan tudung agar air kurang tersejat dan sayuran terlebih masak. Elakkan daripada memanaskan makanan berulang kali.
Sumber daripada www.nutriweb.org.my

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Saturday, March 13, 2010

Lawak Kuruskan Badan: Resepi Tak Betul

Keluarga saya mempunyai masalah berat badan dan kami sering berkongsi tips diet antara satu sama lain. suatu hari, kakak sulung saya berkongsi buku masakan rendah lemak dan menunjukkan resepi masakan ayam yang dicubanya malam tadi. Selepas membacanya, saya beri komen, "Tengok macam kosong & tak sedap je."

"Memang pun," dia menjawab, "bila akak tambah keju dan krim masam baru jadi sedap!"

Cerita dan gambar dari www.rd.com

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Related Posts with Thumbnails