Rasanya tentu ada pembaca-pembaca blog ni nak berdiet tapi susah nak amalkan diet sihat. Di sini saya ingin kongsikan diet-diet sihat, ianya ini sangat mudah dan boleh kita masukkan bersama ke dalam rutin harian kita.
- Makan sarapan berasaskan bijirin. Ganti sarapan anda dengan makan oat, cornflake dan lain-lain. Jika anda gemar makan roti, cuba makan roti 'whole grain'.
- Tambah protein dalam sarapan anda. Kajian telah menunjukkan individu yang makan banyak ketika sarapan akan berasa lambat lapar sehingga waktu tengahari. Selepas sarapan, anda boleh makan makanan berasaskan protein supaya lebih kenyang seperti telur separuh masak, sosej rebus, daging bakar atau lain-lain.
- Makan snek sihat. Lapar sebelum waktu makan? Rasa nak mengunyah? Jika anda suka makan biskut, makan biskut jenis serat tinggi (hi-fibre). Buah-buahan juga snek sihat yang bagus.
- Kurangkan gula dalam minuman. Jika anda bancuh minuman dengan dua sudu gula, kurangkan menjadi satu. Jika satu sudu, kurangkan menjadi setengah. Banyakkan minum air kosong.
- Lap makanan berminyak dengan tisu. Jika anda makan makanan berminyak seperti kuih, roti dan lain-lain, lapkan ia dengan tisu agar minyak-minyak dapat diserap sedikit.
- Ubah saiz hidangan. Semasa makan tengahari, jika anda makan nasi, kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.
- Ubahsuai snek anda. Pilih atau beli makanan jenis rendah lemak seperti susu, kopi, 'muffin'. Sesetengah makanan bergoreng sama sedap jika dimakan secara rebus atau bakar seperti sosej, bebola ikan dan lain-lain.
- Mulakan dengan sup. Pesan makanan anda bersama sup seperti sup ayam, sup daging, sup sayur. Mula makan sup tersebut baru diikuti dengan makanan anda. Dengan cara ini anda akan berasa cepat kenyang.
- Nikmati makanan anda. Kunyah makanan anda lebih lama. Bukan sahaja makanan anda akan lebih tercerna, anda akan makan lebih perlahan dan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan.
- Ubahsuai makanan segera anda. Saiz hidangan sederhana sudah memadai. Tukar minuman dari jenis bergas ke minuman biasa seperti minuman coklat, teh, atau kopi. (Untuk tips makan makanan segera yang lain, klik sini.)
Mudah bukan? Siapa kata diet tu susah! Cuma perlu ubahsuai sedikit sahaja cara permakanan biasa kita. Pilih tips-tips yang anda mudah untuk ikuti dan amalkan selalu supaya ia menjadi tabiat anda. Selamat mencuba!
Imej daripada skinnychef.com
l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l
0 comments:
Post a Comment