Tuesday, March 16, 2010

Menu Sihat: Ayam BBQ Kentang Bakar

Salah seorang follower blog ni, Cik Matahari tanya tentang menu sihat. Sebenarnya saya lama dah ada resepi-resepi untuk menu sihat, tapi tak sempat 'post' je. Jadi disebabkan permintaan, selepas ni saya akan post kan menu-menu sihat utk dicuba bersama..
_________________________________

Ayam BBQ Kentang Bakar (Hidangan 4 orang)

Bahan-bahan
1)Ayam
- 480gm isi ayam; disyorkan bahagian dada dan dipotong empat
- Garam secukup rasa

2)Kentang bakar
- 400gm ubi kentang; dipotong bentuk 'wedges'
- 1 biji bawang merah; dibelah empat
- 1 sudu teh herba campuran kering
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak zaitun

3)Sos
- 1 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 12 biji tomato ceri
- Lada benggala merah 3 biji, lada benggala hijau 3 biji & lada benggala kuning 2 biji; dipotong dadu
- 4 sudu makan sos cili
- 4 sudu makan sos tomato
- Sos tabasco secukupnya
- 2 helai daun salam
- Garam secukup rasa
- 1 sudu teh minyak zaitun

4)Sayuran Panggang
- 120gm seleri
- 8 biji terung
- 8 batang lobak merah
- Minyak zaitun secukupnya

Cara Memasak
  1. Gaulkan ayam bersama garam hingga sebati. Sapukan sedikit minyak zaitun pada ayam
  2. Bakar ayam pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Ketepikan.
  3. Untuk kentang bakar, campurkan semua bahan dan digaul bersama.
  4. Letakkan bahan kentang bakar tersebut dalam loyang dan bakar pada suhu 200 darjah C selama 20-30 minit.
  5. Untuk sayuran panggang, sapukan minyak zaitun pada sayuran dan panggang sebentar. Ketepikan.
  6. Untuk sos, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang merah, bawang putih dan daun salam.
  7. Setelah naik bau, masukkan lada benggala dan tomato ceri. Kacau sebentar.
  8. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tabasco. Kacau rata.
  9. Akhir sekali, perasakan dan tuangkan sos di atas ayam BBQ dan sajikan bersama kentang bakar dan sayuran panggang.
Dipetik daripada majalah Rasa; gambar sekadar hiasan.

Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

1 comments:

Faz Huda Abd Aziz said...

Sedapnya ayam tu...rasa macam nak buat utk dinner malam ni pulak. Tambah more vegetables lagi to make it much more healthier.

Related Posts with Thumbnails