Sebagai ibu bapa atau ketua keluarga, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi memupuk tabiat pemakanan sihat:
- Mulakan setiap hari dengan sarapan pagi; ia akan membekalkan tenaga dan khasiat untuk pagi yang produktif dan cergas sama ada di tempat kerja, sekolah atau untuk bermain.
- Pastikan makan pada waktu yang ditetapkan; tabiat melengahkan waktu makan akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih kerana perut berasa lapar.
- Jangan makan sambil menonton TV; kita akan kurang prihatin terhadap jumlah pengambilan makanan dengan perhatian beralih kepada rancangan TV.
- Beri anak anda susu, jus buahan atau air kosong daripada minuman manis atau bergas.
- Kurangkan pengambilan gula-gula atau makanan ringan; ianya kurang zat dan tinggi dengan gula, garam dan lemak.
- Boleh belikan anak-anak makanan segera, tapi jangan terlalu kerap. Jangan gantikan makanan segera dengan hidangan berkhasiat yang anda boleh sediakan sendiri di rumah.
- Hidangkan buah-buahan sebagai hidangan pencuci mulut atau sebagai snek; ianya kaya dengan vitamin, zat mineral dan serat.
- Pastikan anda menyimpan, menyedia, memasak dan menghidang makanan dengan cara yang selamat dan bersih.
- Galakkan keluarga agar selalu bersenam untuk membakar lebihan tenaga daripada pengambilan makanan. Ini akan memastikan keluarga kekal cergas dan sihat.
- Ajar anak-anak anda tentang makanan, zat nutrien dan pemakanan yang sihat; contohnya dengan mengajak mereka sama-sama menyediakan makanan di dapur.
Jadikan diri anda contoh ikutan untuk anak-anak anda; jangan cuma bercerita dan mengajar tapi anda sendiri tidak mengamalkannya. Lebih mudah mengAJAK daripada mengAJAR, kerana dengan mengAJAK, kita mengajar dan kita juga mengamal.
Sumber daripada www.nutriweb.org.my
l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l
2 comments:
Hello Aziedazzle, wow! That is very interesting. Boleh buka sekolah give tuition, ha ha.
And what you mentioned all mothers should ikut.
Good for you.
Have a nice day, Lee.
hi uncle..
hehe no la uncle.. i just gather the info thru internet & post it here.. Thanks for stopping by..
Post a Comment