Siapa kata kalau kita sedang mengamalkan diet sihat, kita tak boleh mengambil makanan segera? Kadangkala kita keluar bersama rakan dan mereka ingin makan di restoran makanan segera, tentu tidak manis jika kita menolak. Ataupun kita terlalu sibuk dan tiada masa untuk memasak, jadi makanan segera boleh dijadikan salah satu pilihan. Di sini saya ingin kongsikan tips sihat untuk pengambilan makanan segera.
- Hadkan diri anda untuk 2-3 kali sahaja dalam tempoh sebulan.
- 'Medium' atau 'Large'? Pilih saiz hidangan yang sesuai dengan diri anda. Jika anda tidak terlalu aktif, saiz biasa sudah memadai.
- Untuk makanan yang bergoreng, buang lapisan luar seperti kulit atau salutan tepung.
- Jika terlalu banyak krim atau 'dressing' pada makanan, buang sedikit krim tersebut sebelum makan.
- Akhir sekali, sunnah Nabi juga yang betul... berhenti sebelum kenyang. Kebanyakan restoran makanan segera boleh membungkus makanan lebihan dan dibawa balik.
Kita sebagai manusia telah dijadikan dengan naluri untuk makan. Jangan had atau halang diri anda untuk mencuba makanan yang sedap. Jadi gunakanlah tips di atas dengan bijak dan nikmatilah makanan anda hari ini!
l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l
3 comments:
tapikan, klu mkn kfc kan, part yg ade tepung2 tula yg sedap...kekekeke
kalau nak apa salahnye..
balik umah buat senamrobik pulak bakar balik aklori terlebih :)
macam mee segera bunyinya,
salamm,
Post a Comment