Monday, January 25, 2010

Menyediakan Hidangan Yang Sihat (Bhgn 1)

Mungkin ramai yang melayari blog ini terdiri daripada kaum ibu. Jadi disini saya ingin kongsikan artikel mengenai penyediaan hidangan sihat untuk keluarga:



Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
  • Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
  • Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran.
  • Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.
  • Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah.
  • Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
Sumber: www.nutriweb.org.my
Imej: www.homecooking365.com

Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

2 comments:

MamaFaMi said...

Terima kasih Zie sebab sudi berkongsi maklumat yang berguna untuk manafaat kita semua... Mama ni memang nak kena kurangkan berat badan tapi tu la, semangat belum berapa utuh! Huhuhuhuu....

p/s : CC Upin Ipin tu boleh makan. Itu edible image.

Azie Ziedazzle said...

Biasala tu mama, bila dah jadi mak ni, makan ikut anak2, tu susah nak turun berat badan. :)

Related Posts with Thumbnails