Thursday, April 29, 2010

Kelab Biggest Loser Bermula!


Mulai 1 Mei ni, Azie bercadang untuk buat kelab weight loss di Herbalife@Ziedazzle. Kelab ni ala-ala 'The Biggest Loser'. Bukannya rancangan realiti ye, cuma tiru kira peratusan penurunan berat di setiap minggu je..

Ada 2-3 orang tanya yg nak join ni orang makan Herbalife je ke.. Tak, sapa2 boleh join, terbuka untuk semua.. Janji ada niat nak turunkan berat badan. Bukan terhad nak turun berat je, nak naikkan berat pun boleh join. Raya dah nak dekat ni, jom la kita mula sekarang nak menjaga badan. Nanti time hari raya boleh tempah baju kebaya huhu..

Ada juga yang bertanya, kena ada kat Kuantan ke kalau nak join? Tak perlu, ni kelab online, kat mana-mana pun boleh join, kat KL ke, Penang ke, JB ke.. Tiap minggu Azie cuma mintak update berat supaya boleh keep track. Sapa yang takde masa tu, takpe Azie follow up untuk ingatkan..

Siapa-siapa yang berminat nak turut serta, sempat lagi ni.. Bagi kat Azie berat terkini dan berat target. Kalau ada kawan-kawan yang tiada Facebook pun boleh join, janji tiap-tiap minggu berat update melalui sms ke, email ke, nanti Azie akan updatekan di sana.. Ok 1 Mei dah nak sampai dah, jom mula diet sihat sekarang!

#Nota: Jika sudah melayari Herbalife@Ziedazzle di Facebook, jangan lupa klik "Become a Fan" atan klik "Like".

l Promosi April l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

1 comments:

MamaFaMi said...

Salaam Azie, tahniah kerana berjaya menurunkan berat badan. Mama ni, belum masuk biggest loser dah jadi loser rasanya. Sebulan dah mama tak makan nasi, ingatkan boleh turunlah, tak banyak pun, kot ler sekilo ke, happylah juga. Ini... satu gram pun tak turun. Buat sakit hati dan memendam rasa je tak makan nasi. Lepas ni nak makan nasi baliklah... tu dah tahap kecewa la tu...huhuhu...

Related Posts with Thumbnails