Sebelum ini saya telah pos tips-tips mudah bersenam di rumah dan di pejabat, di sini saya poskan lagi tips-tips senaman mudah yang lain.
- Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.
- Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.
- Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.
- Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.
- Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.
- Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan kebawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.
- Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.
- Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.
- Jika anda menonton tv, buat senaman ringan seperti bangun tubi semasa iklan disiarkan. Purata tempoh iklan ialah 7-8 minit, buat bangun tubi setiap kali iklan dan anda akan mudah mencapai 100-150 ulangan.
- Sebelum tidur, duduk ditepi katil dengan kaki rapat. Genggam tangan anda dan luruskan tangan anda ke atas dan luruskan badan sambil mengambil nafas sedalam-dalamnya. Tahan 10-20 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Anda akan berasa rileks serta merta.
2 comments:
sungguh rajin bersenam,
salamm,
Hello Azie, very good advice. Makes one fresh for work too....and of course after coffee too, ha ha.
Have a nice day, Lee.
Post a Comment