Monday, February 22, 2010

Result Suami by 6/2/2010

Lama dah siap result suami ni, asik tangguh2 je nak pos.. So ni Azie pos keputusan suami dan testimoninya.


"Kalau anda tengok saya, mesti anda tak percaya kolesterol saya tinggi. Saya pun sama, tak terlintas pun sebab badan tak gemuk, tapi memang dalam sejarah keluarga ada yang pernah kena sakit jantung, stroke dan kencing manis. Bila saya buat analisa badan, baru nampak saya ada 'potensi' dapat penyakit-penyakit tersebut sebab tahap kolesterol saya mencecah tahap 8. Alhamdulillah bila amal pemakanan sihat, sekarang tahap kolesterol dah hampir normal. Bukan itu aje, sekarang nampak lebih muda dari umur sebenar, sampaikan ada orang tegur saya nampak macam student U lagi. Terima kasih kepada En. Raja yang membuat analisa berat untuk saya, kerana dengan analisa tersebut, saya mengambil keputusan untuk mengubah pemakanan agar jadi lebih sihat"

Solihuddin


l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Saturday, February 20, 2010

Lawak Kuruskan Badan: "Cover" Baik Punya

Salah seorang ahli kelab diet kami mengeluh yang semangatnya tak kuat. Dia bercerita dia telah membuat kek kegemarannya semasa hari minggu dan dia dan keluarganya telah memakan separuh daripadanya. Keesokan harinya, dia nampak baki separuh kek tersebut dan disebabkan dia teringin, dia pun makan sedikit. Sedar tak sedar, separuh kek itu dia habiskan seorang. Selepas tu, dia teringat suaminya dan jika suami dia tahu tentu suaminya akan membebel panjang.

"Habis macam mana? Suami kau tau tak?" salah seorang kawan saya bertanya.

"Dia tak tau pun.." jawabnya. "Aku buat kek yang lain, lepas tu aku makan separuh."

-Husain Ali-

Cerita dan gambar dari www.rd.com

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Thursday, February 18, 2010

Fakta atau Auta: Minum Air Sejuk, Badan Cepat Gemuk?

Mesti ada di antara anda yang pernah terbaca atau terdengar 'statement' seperti di atas. Apa yang dikatakan ialah, jika kita gemar minum air sejuk, rongga pemakanan badan seperti kerongkong, tali perut dan sebagainya akan berlemak seperti lemak yang terkumpul dalam paip singki basuhan. Perbandingan tersebut mengandaikan apabila kita membuang sisa makanan dan membasuh pinggan mangkuk, minyak daripada sisa makanan tersebut akan bercampur dengan air basuhan pinggan menyebabkan keladak lemak melekat pada paip. Jadi jika kita gemar minum minuman sejuk, perkara yang sama juga akan berlaku dalam badan kita dan lemak-lemak itu akan membuatkan kita mudah gemuk.

Perbandingan tersebut ada logiknya, namun hakikat sebenar fakta di atas adalah TIDAK BETUL. Walaupun paip singki memang terdapat keladak lemak, namun bezanya paip singki dan rongga pemakanan badan kita ialah rongga pemakanan badan kita sama suhu dengan suhu badan. Apa-apa makanan atau minuman sejuk yang masuk ke badan kita, apabila ia sampai ke perut suhunya akan menjadi sama seperti suhu badan dan seterusnya diproses seperti makanan yang lain.

Untuk maklumat atau bacaan lanjut, boleh layari www.snopes.com


Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu

Tuesday, February 16, 2010

Tiada Masa Bersenam? 10 Cara Mudah Untuk Bersenam Semasa Di Pejabat

Jika tips bersenam sebelum ini boleh dilakukan di rumah, berikut adalah tips-tips mudah bersenam di pejabat. Jom amalkan, mudah sangat nak bakar kalori-kalori yang lebih tu ;)

  1. Jika ada panggilan telefon, jawab sambil berdiri dan bergerak sedikit.
  2. Daripada menggunakan telefon pejabat, pergi ke meja rakan sekerja untuk perbualan.
  3. Gunakan tangga selain daripada lif.
  4. Untuk pejabat berbelas tingkat, keluar dari lif beberapa aras awal dan gunakan tangga untuk ke aras pejabat sendiri.
  5. Berdiri dan berjalan sedikit semasa menunggu teksi.
  6. Turut serta dalam pasukan bola sepak, futsal, bola jaring bersama rakan sekerja.
  7. Ambil bahagian dalam aktiviti riadah di pejabat.
  8. Jadi ahli di gim kesihatan yang berhampiran dengan pejabat.
  9. Jika ambil kenderaan awam ke tempat kerja, turun jauh sedikit dan berjalan kaki ke pejabat.
  10. Ambil angin di sekitar pejabat semasa waktu rehat atau semasa rehat tengahari.

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Saturday, February 13, 2010

Lawak Kuruskan Badan: Komen Si Anak

Berat badan saya ni memang dah naik, tapi saya tak tergerak pun nak menurunkan berat badan sampai lah suatu hari semasa saya hendak mengemaskan peti sejuk di rumah. Sedang saya duduk di kerusi dan mengelap dinding di dalam peti sejuk tersebut, anak lelaki saya masuk ke dalam dapur dan menegur saya;

"Hai mak, buat apa tu? Mak tengah makan ke?"

Selepas dari itu, saya terus berdiet.

-Betty Strohm-

Cerita dan gambar dari www.rd.com


Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu

Thursday, February 11, 2010

Tiada Masa Bersenam? 10 Cara Mudah Untuk Bersenam Semasa Di Rumah


  1. Kemas rumah atau buat kerja rumah dengan sendiri. Jangan upah orang lain.
  2. Berkebun di rumah atau potong rumput di laman.
  3. Ambil dan buat minuman anda sendiri. Jangan minta orang lain ambilkan.
  4. Semasa menonton TV, kayuh basikal senaman atau buat senaman ringan.
  5. Semasa menjawab telefon, jawab dengan berdiri dan buat gerakan ringan.
  6. Pergi berjalan untuk mengambil angin sebelum sarapan atau selepas makan malam.
  7. Jika ingin ke kedai runcit, cuba berjalan kaki atau berbasikal.
  8. Jika kedai runcit agak jauh, pandu kenderaan dan letakkan ia jauh dari kedai agar kita dapat berjalan kaki sedikit.
  9. Apabila berjalan, cuba lajukan sedikit langkah.
  10. Regangkan badan untuk megambil barang di tempat tinggi. Cangkung untuk mengambil barang di aras bawah.

Mudah bukan? Jadi tiada lagi alasan untuk tiada masa bersenam, malah lebih mudah sebab tips-tips di atas boleh kita gabungkan bersama kebiasaan kita sebelum ini. Jom kita amalkan bersama!


l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Sunday, February 7, 2010

My Result as 6/2/10

Hari minggu lepas, alang-alang keluar ke bandar, saya singgah sekejap ke kedai rakan sebab nak timbang dan analisis badan. Syukur, turun lagi berat badan ni :). Analisa badan saya pun ada peningkatan jugak, cuma kalsium je tak meningkat lagi. Kena mula minum susu la lepas ni nampak gayanye. Jadi di sini saya lampirkan keputusan terkini untuk dikongsi bersama. Untuk sesiapa yang sama seperti saya berusaha untuk mengawal berat badan, jangan putus asa, sabar dan amal pemakanan sihat selalu!


# Nota: Nak buat analisa berat dan komposisi badan secara PERCUMA? Tiada apa-apa pembelian dan keputusan dalam masa 15 minit sahaja. Anda tak rugi apa-apa malah keputusan analisa itu mungkin merubah hidup anda untuk menjadi lebih sihat selepas ini. Buat temujanji dengan saya hari ini. Jika ada sebarang pertanyaan, tinggalkan soalan/makluman di Borang Makluman di sebelah kanan atas blog ini untuk saya hubungi anda kemudian. (Ziedazzle)

l Gambar Terkini l Home l

Related Posts with Thumbnails