Saturday, February 6, 2010

Lawak Kuruskan Badan: Kawan Diet

Mulai hari ni, pada setiap hari Ahad saya akan pos cerita lawak berkaitan kesihatan atau kuruskan badan, so enjoy it ok!



Baru-baru ini, kawan saya Kimberly memberitahu saya dia hendak menguruskan badannya.

"Eloklah macam tu!!" kata saya. "Aku pun mula nak diet ni. Kita boleh jadi 'member diet' dan bagi semangat kat satu sama lain. Kalau aku mengidam macam nak makan 'fast food', aku telefon kau dulu tau!!"

"Bagus jugak tu" jawab dia. "Kalau kau nak pergi beli, datang ambik aku kat rumah sekali ye!!"

-Katina Fisher-

Cerita dan gambar dari www.rd.com

Thursday, February 4, 2010

10 Benda Yang Lebih Kotor Daripada Tandas

Info berikut adalah sambungan daripada pos semalam. Jangan terkejut kerana kebanyakan benda-benda ini antara benda yang kita guna/pegang setiap hari:

1. Gagang telefon

2. Meja kerja

3. Keyboard/mouse komputer

4. Tombol pintu

5. Pemegang tangan eskelator

6. Butang lif

7. Butang ATM

8. Pemegang troli beli-belah

9. Singki dapur

10. Pagar putar LRT


Imej-imej daripada internet

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Tuesday, February 2, 2010

Fakta Atau Auta: Troli Beli-Belah Lebih Kotor Dari Mangkuk Tandas??


Anda mungkin terkejut, tapi jawapan bagi soalan di atas ialah YA; troli beli -belah adalah lebih kotor daripada mangkuk tandas!!

Menurut kajian selama empat tahun yang dijalankan oleh Environmental Research Lab' Universiti Arizona dan ditaja oleh Clorox, didapati bahawa troli beli-belah terdedah kepada air liur, kahak, air kencing & najis bayi, juga darah dan lendir daripada ayam, ikan dan lain-lain.

Sekurang-kurangnya apabila kita hendak menggunakan tandas, kita akan membersihkannya terlebih dahulu. Tapi apabila kita menggunakan troli, adakah kita membersihkannya juga? Contohnya tempat duduk bayi, kadang kala kita gunakan tempat itu untuk meletakkan buah-buahan atau sayuran. Tapi pernah tak kita terfikir mungkin pengguna troli sebelum itu meletakkan bayi mereka dengan lampin penuh di tempat duduk tersebut?


Jadi selepas ini, kita disarankan agar sentiasa menjaga kebersihan diri dengan selalu mencuci tangan selepas memegang benda-benda yang kotor. Tolong 'share' info ni ye!

Sumber: www.snopes.com

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Sunday, January 31, 2010

Fakta Atau Auta: Kalau Makan Malam, Badan Lebih Senang Gemuk??


Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengahari. Makan malam seringkali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam. Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira samada semasa sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.

Namun begitu, makan malam seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :
  • Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
  • Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau waktu makan semasa di siang hari. Melangkau (skipping) sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.
  • Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.
  • Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya. 
Sumber: www.myhealth.gov.my
Imej: www.canada.travel


l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Thursday, January 28, 2010

Menyediakan Hidangan Yang Sihat (Bhgn Akhir)

Berikut adalah sambungan daripada artikel yang saya pos semalam. Bahagian satu boleh dibaca disini.



  • Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu.
  • Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. menutup kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
  • Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk.
  • Elakkan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangkamasa yang sama.
  • Bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan. Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.
Lepas ni bolehlah kita sama-sama amalkan tips-tips di atas untuk menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga kita. Makan makanan yang sihat, dah tentu keluarga kita pun bertambah sihat. Selamat mencuba!!

Sumber: www.nutriweb.org.my
Imej: www.telegraph.co.uk

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Tuesday, January 26, 2010

Gambar Terkini... (^^)

Lama dah janji nak pos gambar, tapi tak terbuat-buat je. Ni tangkap malam tadi & terus edit2 dan pos kat sini. Here goes...


Emmm malunya nak tunjuk perut yang "uncit" tu hehe. Perubahan selain daripada turun 5kg ni, period saya dah teratur sikit, tiap-tiap bulan dah datang dan kuantitinya normal. Sebelum ni period saya pernah 3bulan baru datang & kuantitinya sikit saja. Insyallah period dah mula normal ni saya dan suami akan berusaha untuk dapatkan baby. Doakan kami ye!!

# Nota: Ingin jadi seperti saya? Jom buat analisa berat dan komposisi badan, PERCUMA sahaja... Tiada apa-apa pembelian dan keputusan dalam masa 15 minit sahaja. Anda tak rugi apa-apa malah keputusan analisa itu mungkin membantu anda mencapai bentuk badan yang diingini selepas ini. Buat temujanji dengan saya hari ini. Jika ada sebarang pertanyaan, tinggalkan soalan/makluman di Borang Makluman di sebelah kanan atas blog ini untuk saya hubungi anda kemudian. (Ziedazzle)

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Monday, January 25, 2010

Menyediakan Hidangan Yang Sihat (Bhgn 1)

Mungkin ramai yang melayari blog ini terdiri daripada kaum ibu. Jadi disini saya ingin kongsikan artikel mengenai penyediaan hidangan sihat untuk keluarga:



Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
  • Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
  • Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran.
  • Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.
  • Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah.
  • Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
Sumber: www.nutriweb.org.my
Imej: www.homecooking365.com

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Related Posts with Thumbnails