Saturday, March 6, 2010

Lawak Kuruskan Badan: Senjata Rahsia

Kawan saya baru perasan yang suami saya dah 'slim' semula, jadi dia tanya apa yang saya buat untuk pujuk suami berdiet. Saya ceritakan 'senjata rahsia' saya;

"Aku letak seluar 'boxer' anak muda aku bersama-sama seluar dia. Bila dia terpakai dan tak muat, baru dia perasan dia dah gemuk!"

-Ruth J. Luhrs-

Cerita dan gambar dari www.rd.com

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Wednesday, March 3, 2010

Pengurusan Berat Badan Secara Sihat (Bhgn Akhir)

Artikel ini adalah bahagian akhir daripada artikel yang saya telah pos sebelum ini (Bhgn 1, Bhgn 2, Bhgn 3).
________________________________________________

Langkah Ingin Menambahkan Berat

Jika BMI anda kurus dan anda ingin menambah berat badan, tip-tip ini akan membantu anda mencapai berat badan yang sihat secara berkesan dan selamat:
  1. Tetapkan jumlah pertambahan berat badan dan jangka masa yang realistik. Timbang berat anda setiap minggu.
  2. Kekal aktif dan lakukan latihan senaman. Jangan lakukan senaman yang keterlaluan.
  3. Tidur secukupnya, atasi tekanan anda dan sekiranya anda merokok, inilah masa untuk berhenti!
  4. Penambahan 500 ke 1,000 kcal sehari akan membantu anda menaikkan berat badan antara 0.5 ke 1 kg setiap minggu. Ambil makanan tinggi khasiat, tinggi kalori seperti produk tenusu, kacang, buah-buahan kering dan telur.
  5. Pastikan waktu makan yang teratur dan berehat, serta nikmati snek berkhasiat sepanjang hari.
  6. Elakkan cara penambahan berat badan seperti menaikkan selera makan atau makanan tambahan. Sentiasa rujuk kepada profesional kesihatan terlebih dahulu
Program Woman@Heart adalah hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.lppkn.gov.my


l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Tuesday, March 2, 2010

Pengurusan Berat Badan Secara Sihat (Bhgn 3)

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel yang saya telah pos sebelum ini (Bhgn 1, Bhgn 2).
________________________________________________

Langkah Ingin Menurunkan Berat

Pengurusan berat badan secara teratur merupakan bahagian terpenting dalam penjagaan tubuh anda. Tip-tip ini akan membantu anda mencapai berat badan yang sihat secara berkesan dan selamat:
  1. Tetapkan matlamat dan jangka masa penurunan berat badan yang realistik. Sasarkan untuk turun tidak lebih dari 0.5 ke 1 kg setiap minggu.
  2. Bersenam 60 ke 90 minit setiap hari. Cuba berjalan pantas atau bersukan. Jika anda sudah lama tidak bersenam, mulakan dengan tempoh yang singkat dan tingkatkan masa sedikit demi sedikit.
  3. Mula bergerak. Naik tangga selain menaiki lif, lakukan kerja rumah atau berkebun.
  4. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan gula. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, bijian dan bijirin. Kurangkan saiz hidangan dan makan mengikut waktu yang ditetapkan. Jangan langkau waktu makan. Jika tidak, anda akan mula makan snek atau terlebih makan!
  5. Elakkan daripada produk dan amalan yang menjanjikan keputusan yang cepat. Ini boleh membawa masalah kesihatan malah berat badan anda boleh bertambah dalam jangka masa panjang.
Akan bersambung ke Bahagian 4: Langkah Ingin Menambahkan Berat

Program Woman@Heart adalah hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.lppkn.gov.my


l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Monday, March 1, 2010

Pengurusan Berat Badan Secara Sihat (Bhgn 2)

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel yang saya telah pos sebelum ini (Bhgn 1).
________________________________________________

Memperbaiki Imej Tubuh

Adakah latihan dalam artikel sebelum ini menunjukkan bahawa anda mempunyai persepsi imej tubuh yang negatif? Jika ya, inilah cara memperbaiki persepsi imej tubuh anda:
  1. Kaum wanita mempunyai bentuk dan saiz badan yang berbeza. Kenal pasti dan terima seadanya imej badan anda.
  2. Berpakaian rapi dan menghias diri supaya sentiasa kelihatan anggun. Ini meningkatkan keyakinan.
  3. Menyedari bahawa definisi pihak media terhadap wanita ideal mungkin tidak realistik.
  4. Elakkan meluang masa bersama mereka yang kritikal tentang penampilan anda. Jangan terpengaruh dengan apa yang orang lain kata.
  5. Makan mengikut Panduan Piramid Makanan Malaysia dan hindari mengamalkan diet melampau, diet yo-yo dan pil pelangsing.
Akan bersambung ke Bahagian 3: Langkah Ingin Menurunkan Berat

Program Woman@Heart adalah hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.lppkn.gov.my


l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Sunday, February 28, 2010

Pengurusan Berat Badan Secara Sihat (Bhgn 1)

Mulai hari ini, saya akan kongsikan artikel "Pengurusan Berat Badan Secara Sihat", salah satu artikel daripada program Woman@Heart.
________________________________________________

“Dalaman lebih penting dari luaran”. Memang terdapat kebenaran di sebalik pernyataan ini. Sekiranya anda tinggi keyakinan dan mempunyai imej tubuh yang positif, anda akan lebih menyayangi tubuh anda dan akan menjaganya sebaik mungkin. Jika sebaliknya, anda akan melakukan apa sahaja (walau merbahaya sekalipun) untuk kelihatan langsing dan menarik. Apa yang di dalam akan mempengaruhi luaran, jadi terimalah diri anda seadanya. Apabila anda berbuat sedemikian, anda akan membuat pilihan bijak tentang perkara berkaitan tubuh anda. Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui sejauh mana ketepatan anda menilai badan anda sendiri dan bagaimana mencapai berat badan yang sihat.

Cermin Oh Cermin Di Dinding

1. Pertama, kira Indeks Jisim Badan (BMI):


2. Berdasarkan jadual ini, BMI anda tergolong di mana?


3. Adakah anda rasa bahawa anda perlu untuk mengurangkan, menambah atau mengekalkan berat badan? Adakah jawapan anda sama dengan jawapan di kolum ‘Perubahan Berat Badan’? Jika tidak, anda mempunyai imej tubuh yang negatif.

4. Anda harus mengira BMI anda dan menilai persepsi imej tubuh anda sebelum mencuba mengurus berat badan anda. Imej tubuh yang negatif akan menyebabkan anda ingin kurangkan 10 kg sedangkan yang anda perlu lakukan ialah sebaliknya!

Akan bersambung ke Bahagian 2: Memperbaiki Imej Tubuh

Program Woman@Heart adalah hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Persatuan Pemakanan Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.lppkn.gov.my


l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Saturday, February 27, 2010

Lawak Kuruskan Badan: Nota Kaki

Untuk menurunkan berat badan kami, saya dan suami saya ingin mencuba sejenis diet dan ianya mempunyai resipi-resipi untuk setiap hidangan harian. Saya memasak dengan mengikuti resepi tersebut dan hidangannya kami kongsikan berdua. Kami rasa gembira dan sangat puas hati dengan diet tersebut kerana walaupun tengah berdiet, kami tak rasa lapar pun.

Tapi yang peliknya, berat kami bertambah, bukannya makin berkurang. Bila saya periksa semula resipi-resipi tersebut, barulah saya perasan tulisan nota kakinya; "Hidangan Untuk 6 Orang."

- Barbara Currie -

Cerita dan gambar dari www.rd.com

l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Wednesday, February 24, 2010

Pelik Tapi Benar : Tension? Ubatnya Potong Rumput Di Laman


Anda tension, stres, susah hati, tertekan? Ada kajian telah menunjukkan yang memotong rumput di laman rumah anda boleh menenangkan anda. Pelik kan?

Dr Nick Lavidis, seorang ahli sains neuro di University of Queensland telah membuat kajian selama tujuh tahun dan mendapati terdapat bahan kimia yang dihasilkan oleh rumput-rumput yang telah dipotong boleh menyebabkan individu berasa tenang dan relaks, dan juga mungkin boleh membantu mengekalkan kesihatan mental untuk hari tua. Aroma bau rumput bersama-sama udara yang segar akan mengaktifkan bahagian otak yang mengawal emosi dan memori dan seterusnya akan mengawal hormon stres.

Ada juga bonus yang lain. Dengan memotong rumput, anda dapat senaman ringan dan dapat membantu kita untuk mencapai hidup yang sihat. Kawasan rumah kemas dan cantik, badan dapat bersenam, otak pun dapat tenang, kan ke bagus tu?

Petikan artikel dan imej diambil dari www.telegraph.co.uk


l Kisah Turun 6kg Dalam 16 Minggu l Home l

Related Posts with Thumbnails